Total Pageviews

Thursday 22 December 2011

Saigon ori


Nama ayam ni Nagaborgho. Baru beli dr saudara Bad. umur br 10 bulan berat 3.3kg berat yang ideal bg seekor ayam laga. Aku rasa tak lengkap kalau kt reban aku jika tak ada ayam saigon dan jika kita peminat jenis ayam batang kaki ayam saigon adalah pilihannya dan mesti ada kt reban kita.



Kena pusing komputer ni... sori kualti gambar kurang memuaskan sebab pakai hphone biasa jer..

Jalak kini

Jalak ni dah makin keras dulu lembik jer dan cepat lelah tapi sekarang dah makin mantap mungkin masa tu muda sangat lg kot. Permainannya pantas dan pukulannya tepat. Jalak ni tak besar cuma 2.5 kg jer. Oleh kerana saiznye kecik aku pesumkan jalak ni dengan ibu saigon.



The Red Warrior

Sebenar nyer aku ni bela ayam sebagai hobi jer. Aku suka tengok gerak geri ayam dan penampilan ayam. Ayam baik ni dia tak sama ngan ayam kampung segala ciri-ciri 'warrior' ada padanya. Sampai sekarang aku masih mencari benih / baka yang terbaik untuk santapan mata aku..

Dah besar baka menang 8x

Thursday 27 October 2011

New!!!

Anak muda nampak macam ok jer....


Gambar terbaru Jalak Malaya

Jalak ni dan anak kacukan terpaksa dipindahkan kat lokasi yang rahsiakan atas sebab keselamatan. .............sebabnye habis ayam kat rumah jiran kena kebas nasib baik ayam -ayam aku tak kena kebas.....sayang oiii beli mahal terpaksa korban masa pulak tu,,



ayam masih muda baru berkokok

Sunday 25 September 2011

Anak kacukan, Tapi...

Ni gambar terbaru anak kacukan tp tak nampak macam kacukan nampak macam ayam kampung pulak. Sisik ayam ni macam sisik betina je.. rasa -rasa aku ayam ni kurang menjadi dan ....aku ambik keputusan sembelih jer buat lauk...



Sekarang


Dulu

Dulu masa kecik

Renew photo profile

Kalau dulu gambar kepala helang berbalung ayam tp skrang dah tukar kepada anak jalak. Memang ayam jalak ni menjadi icon kat negara kita so tukar baru ok jugak.


Jalak

Monday 19 September 2011

Petua dulu dan sekarang

Arang
Merawat keracunan pada ayam (arang dr tempurung kelapa)

Budu
Membina daya tahan penyakit dan menguatkan penghadaman.(digaul bersama nasi)

Cacing tanah
Sumber protein termurah dan termudah untuk anak ayam ( 1-3 bulan)

Dauh sirih/kaduk
Air daun sirih yang diramas boleh digunakan untuk merawat luka pada ayam ( sebagai antiseptik)

Halia
Ketuk halia dan masuk dalam air mandian ayam untuk melancarkan darah.(jangan banyak nanti ayam pedas)

Kunyit
Air kunyit dan kapur makan dilumurkan pd badan ayam untuk mengeraskan ayam dan juga dapat menghindarkan hama.

Tembakau
 Air tembakau untuk merawat cacing pd mata dan cacing dalam perut ayam ,beri minum air tembakau (dos tak pasti)

Monday 12 September 2011

Jalak Malaya

Tak tahu nak letak nama apa, akhirnya letak je lah nama Jalak Malaya sebab nama malaya ni dah jadi gah skrang. Contohnya Harimau Malaya he..he..Ayam rome jalak ni susah nak dapat terpaksa melalui perantara dan pihak ketiga kalau tak...buat habis air liur jer. Ayam ni aku ambil dr breeder otai yang memang terkenal kat tempat aku. Breeder ni dia tak jual ayam tp bela ayam untuk kegunaan (game) sendiri. Umur ayam ni br 4 bulan.


Ibu Siam+Saigon

Ibu ni baru sekali bertelur. Hasil cross ibu siam dan bapak saigon. Tulang ibu ni sangat kasar tapi badannya agak bulat dan montok. Ibu paling besar kat reban aku. berat ibu ni 3kg. Walaupun ibu ni agak mengalah ngan ibu-ibu lain tp ciri-ciri yang ada pada ibu ni membuatkan aku terus tertawan.



Saturday 3 September 2011

Bakal ibu 2012

Ayam ni kalau panjang umur bakal jadi ibu kat reban aku. Dulu ada 4 beradik tp skrang tinggal 2 jer tu pun yang sekor lagi tu nampak macam kurang sihat cuma ada sekor jer yang betul -betul sihat. Sebenarnya ayam ni masih dara lagi dan dlm sebulan dua lg bertelur lah barangkali ayam ni. Ciri-ciri ayam ni ialah bulunya yang kemas rapi,hitam berkilat, susuk badan dan saiz boleh tahan dan anak mata yang kecil. Ini hanya pandangan aku jer bukan nak angkat bakul sendiri. Jd sapa2 boleh komen pasal bakal ibu aku ni. Kalau  tak sesuai aku nak reject jer he..he. .( tak mungkin aku reject sebab aku dah tahu titih bakanyer).
 


Yang bawah ni lak bakal jadi ibu jugak barangkali . lambat lg bertelur pasal ayam masih muda lagi.




Sunday 14 August 2011

Baka win 8X

Ayam ni aku beli ngan sepupu aku. Awal2 dulu aku nk beli dia tak kasi tp disebabkan dia nk pakai duit dia pun offer kat aku. Apa lg aku terus ngapp. Ayam ni bapak nye dah menang 8 kali tp sekarang bapak tu dah ada orang yang beli untuk buat baka.tak de rezeki aku tp tak pe anaknye ada. Aku beli RM 100 masa tu kecik lg berat tak sampai 1kg. Skrang ayam ni dah mencecah 2kg dan dijangka akan berat 3.6kg sama ngan bapaknya.

Batang kaki Kaki putih


Monday 1 August 2011

Mari Mengundi..

Kepada peminat dan pengunjung semua marilah kita mengundi. NaK undi apa? aku tanya aku jawab. Alahhh. mengundi pasal ayam la  pasal apa lagi. Kali ni blog aku ni  buat poll sikit tentang jenis-jenis ayam, warna ayam dan warna kaki ayam yang paling kita suka. Ruangan poll ni ada kat ruangan bawah blog aku ni. Jom mari kita vote jangan tak vote.

Saturday 9 July 2011

Dari telur lagi dinanti..



Bunyinya macam lagu dangdut Iwan pulak? ayam ni adik beradik die ada 4 ekor. 2 ekor ada bulu di kaki semua jantan. Aku kira ayam ni rare species jugak lah sebab mak bapak die tak de pulak bulu kat kaki. Keturunan dari mana aku pun pelik, dari bunian kot ayam ni he..he..

Tuesday 28 June 2011

Gambar lama dan baru



Gambar tahun lepas ( ayam hujung)



Yang ni lak gambar baru ayam thai pama  ( jun 2011)

Thai Punya

Gambar ni aku ambik drp laman web Siamese Gamefowl tp skrng tak aktif lagi laman tu agaknya. Banyak gambar yg aku save tp dah terdelete kot, tinggal 2 je gambar kt komputer aku ni. kalau tak boleh tengok gambar ayam siam kat negara thai yang hebat-hebat dan cantik.




Aku minat betul ayam batang kaki tinggi lampai nii..

Sunday 12 June 2011

Si dara jelita

          Koleksi si ayam dara umur 3 bln dan 5 bulan. ( Jun 2011)

Hasil kacukan ibu hujung bapak pama yang belakang pulak tu ayam hujung ekor burung.

Dara Batu badan keras macam batu tp kalau dibaling batu mampus ayam nii..
Belum ada nama
Si ekor burung gelarannya.

Tuesday 17 May 2011

Tip mengelakan penyakit berak hijau (kolera) dan berak kapur

Berpandukan pada pengalaman yang lepas-lepas penyakit berak kapur atau berak hijau ni biasanya berlaku disebabkan oleh persekitaran yang lembab. Contohnya keadaan reban yang terlalu lembab dan kotor dan juga selepas hujan. Hujan yang berpanjangan pada waktu malam boleh menyebabkan air bertakung di dalam bekas seperti tin-tin kosong, tayar ,tempurung kelapa dan sebagainya. Air yang telah tercemar oleh bakteria ini, jika diminum oleh ayam yang kurang imunnya boleh menyebabkan penyakit ini terjadi. Bakteria ini boleh hidup lama di dalam tanah dan akan aktif jika persekitarannya lembab. Jadi untuk mengelakkan penyakit ini beberapa langkah yang drastik perlu ambil.
  1. Bersihkan reban jika ada ayam yang telah dijangkiti penyakit ini.
  2. Asingkan ayam yang dijangkit ke reban yang lain (kuarantin).
  3. Campur clorok atau peluntur  dengan air sembur sekeliling  reban (dalam, luar dan bawah reban) kemudian bilas dengan cuka yang dicampur dengan air untuk meneutralkan kembali clorok tadi. kemudian bilas atau basuh lagi dengan air untuk mengelakkan dawai besi dari berkarat. Kemudian keringkan.
  4. Setelah benar2 kering masukkan semula ayam yang sihat ke dalam reban tadi.

Ibu pilihan



Semua ni Ibu batang kaki

Terima kasih

Terima kasih kepada peminat-peminat ayam baik/laga/sabung kerana melayari blog ini dan juga kepada bloger2  semua kerana sudi berkongsi pengalaman dan juga bertukar-tukar pendapat. Di sini ada beberapa lg gambar yang saya upload untuk tatapan peminat ayam baik semua.

Bapak pama

Tuesday 10 May 2011

lagi koleksi..

Nama dia al-bauk osama
Yang ni gambar jer ade ayam dah tak der..
Kaki putih paruh putih baka dulu-dulu

Saturday 7 May 2011

Perkembangan ayam

Senorok bila baka ayam yang menjadi harapan makin membesar. Membesarkan ayam baik bukan kerja yang mudah walaupun ada fakta yang mengatakan populasi ayam lebih banyak daripada manusia dan senang dibiakan. Tp ayam baik tak semudah itu ia memerlukan penjagaan yang rapi dan selalu diberi perhatian..pearhh... kadang2 rasa macam tak berbaloi.


Anak ayam (2 minggu)
  
Ayam remaja 4 bulan

Si Badang (6 bulan)