Total Pageviews

Tuesday 26 April 2011

Apa ni?

Berikut ialah istilah atau perkataan yang digunakan oleh penternak ayam atau pemelihara  ayam baik di Kelantan. (bukan dalam kamus dewan)

Ayam jawi
iaitu bukan dari keturunan ayam laga atau lebih tepat ayam kampung biasa. Ayam ini biasanya tidak melawan apabila diadu jika melawan hanya sekejap dan terus cabut lari langkah seribu.

Cagut atau mengcagut
Ayam cuba mematuk antara satu sama lain tetapi bukan di dalam sangkar sebaliknya satu di dalam sangkar atau perkup dan satu lagi di luar sangkar atau perkup. Perlakuan ini akan merosakkan paruh ayam dan ayam akan mengalami kecederaan.

Romang
Merupakan jerami atau rumput kering yang dijadikan alas di dalam kotak atau bekas untuk ayam bertelur.

Lampung
Berat badan ibu ayam menjadi turun setelah lama mengeram.

Saturday 23 April 2011

Antara koleksi yang ada

                                  Gambar lama, hanya untuk kenangan.


                   Sedang bermesyuarat agaknyer... (Ayam hujung).



                        Ayam batang kaki ori. Keturunan pukul keras dan tepat.



New generation. keturunan ayam saiz besar , tinggi dan mendada.(tegak).

Tuesday 19 April 2011

kongsi minat

Tujuan menulis blog ini adalah tak lain tak bukan hanyalah sekadar berkongsi minat dalam bidang perternakan haiwan kesayangan. Setiap manusia dianugerahkan dengan minat yang berbeza-beza tapi aku jadikan pelihara ayam ini sebagai hobi di masa lapang. Tapi kalau diikutkan tak de pun masa betul- betul lapang asyik sibuk ngan keje. Itu bukan halangan selagi ada daya dan dah memang itu yang menjadi minat kita, kita teruskanlah.

Monday 18 April 2011


Ayam Baik


Ayam Baik

Selamat datang ke blog saya yang tak seberapa...tujuan menulis blog ini hanya untuk berkongsi minat dalam membela ayam saja.

Apa itu Ayam Baik?
Ayam baik ialah ayam sabung atau ayam laga. Sebenarnya panggilan ini hanya di negeri Kelantan dan beberapa daerah negeri Terengganu yang mengelarkan ayam sabung dengan panggilan ayam baik.

Kenapa dipanggil ayam baik?
Di kelantan ayam ini dipanggil ayam baik kerana memang ayam ini dari keturunan yang baik-baik. Baik dari segi baka, baik dari segi jalan mainan dan baik dari segi perwatakan ayam itu sendiri (tidak liar, manja dengan tuannya dan akan menunjukkan penampilan yang gagah dan berani).

Ciri- ciri ayam baik.
1. Mempunyai badan yang tegap dan tulang yang kasar. Apabila dipegang tidak akan kecut atau kempis tidak seperti ayam kampung biasa tebal dengan bulunya.
2.Sisik di kaki kelihatan dengan jelas.
3.Kokokannya yang pendek.
4. Mata yang bersinar bak mutiara menandakan ayam itu sihat dan lincah pergerakannya.
5.Apabila berjalan nampak kerasan.(keras)
...dan banyak lagi ....