Total Pageviews

Tuesday 17 May 2011

Tip mengelakan penyakit berak hijau (kolera) dan berak kapur

Berpandukan pada pengalaman yang lepas-lepas penyakit berak kapur atau berak hijau ni biasanya berlaku disebabkan oleh persekitaran yang lembab. Contohnya keadaan reban yang terlalu lembab dan kotor dan juga selepas hujan. Hujan yang berpanjangan pada waktu malam boleh menyebabkan air bertakung di dalam bekas seperti tin-tin kosong, tayar ,tempurung kelapa dan sebagainya. Air yang telah tercemar oleh bakteria ini, jika diminum oleh ayam yang kurang imunnya boleh menyebabkan penyakit ini terjadi. Bakteria ini boleh hidup lama di dalam tanah dan akan aktif jika persekitarannya lembab. Jadi untuk mengelakkan penyakit ini beberapa langkah yang drastik perlu ambil.
  1. Bersihkan reban jika ada ayam yang telah dijangkiti penyakit ini.
  2. Asingkan ayam yang dijangkit ke reban yang lain (kuarantin).
  3. Campur clorok atau peluntur  dengan air sembur sekeliling  reban (dalam, luar dan bawah reban) kemudian bilas dengan cuka yang dicampur dengan air untuk meneutralkan kembali clorok tadi. kemudian bilas atau basuh lagi dengan air untuk mengelakkan dawai besi dari berkarat. Kemudian keringkan.
  4. Setelah benar2 kering masukkan semula ayam yang sihat ke dalam reban tadi.

Ibu pilihan



Semua ni Ibu batang kaki

Terima kasih

Terima kasih kepada peminat-peminat ayam baik/laga/sabung kerana melayari blog ini dan juga kepada bloger2  semua kerana sudi berkongsi pengalaman dan juga bertukar-tukar pendapat. Di sini ada beberapa lg gambar yang saya upload untuk tatapan peminat ayam baik semua.

Bapak pama

Tuesday 10 May 2011

lagi koleksi..

Nama dia al-bauk osama
Yang ni gambar jer ade ayam dah tak der..
Kaki putih paruh putih baka dulu-dulu

Saturday 7 May 2011

Perkembangan ayam

Senorok bila baka ayam yang menjadi harapan makin membesar. Membesarkan ayam baik bukan kerja yang mudah walaupun ada fakta yang mengatakan populasi ayam lebih banyak daripada manusia dan senang dibiakan. Tp ayam baik tak semudah itu ia memerlukan penjagaan yang rapi dan selalu diberi perhatian..pearhh... kadang2 rasa macam tak berbaloi.


Anak ayam (2 minggu)
  
Ayam remaja 4 bulan

Si Badang (6 bulan)