Total Pageviews

Tuesday, 17 May 2011

Tip mengelakan penyakit berak hijau (kolera) dan berak kapur

Berpandukan pada pengalaman yang lepas-lepas penyakit berak kapur atau berak hijau ni biasanya berlaku disebabkan oleh persekitaran yang lembab. Contohnya keadaan reban yang terlalu lembab dan kotor dan juga selepas hujan. Hujan yang berpanjangan pada waktu malam boleh menyebabkan air bertakung di dalam bekas seperti tin-tin kosong, tayar ,tempurung kelapa dan sebagainya. Air yang telah tercemar oleh bakteria ini, jika diminum oleh ayam yang kurang imunnya boleh menyebabkan penyakit ini terjadi. Bakteria ini boleh hidup lama di dalam tanah dan akan aktif jika persekitarannya lembab. Jadi untuk mengelakkan penyakit ini beberapa langkah yang drastik perlu ambil.
  1. Bersihkan reban jika ada ayam yang telah dijangkiti penyakit ini.
  2. Asingkan ayam yang dijangkit ke reban yang lain (kuarantin).
  3. Campur clorok atau peluntur  dengan air sembur sekeliling  reban (dalam, luar dan bawah reban) kemudian bilas dengan cuka yang dicampur dengan air untuk meneutralkan kembali clorok tadi. kemudian bilas atau basuh lagi dengan air untuk mengelakkan dawai besi dari berkarat. Kemudian keringkan.
  4. Setelah benar2 kering masukkan semula ayam yang sihat ke dalam reban tadi.

No comments:

Post a Comment