Berikut ialah istilah atau perkataan yang digunakan oleh penternak ayam atau pemelihara ayam baik di Kelantan. (bukan dalam kamus dewan)
Ayam jawi
iaitu bukan dari keturunan ayam laga atau lebih tepat ayam kampung biasa. Ayam ini biasanya tidak melawan apabila diadu jika melawan hanya sekejap dan terus cabut lari langkah seribu.
Cagut atau mengcagut
Ayam cuba mematuk antara satu sama lain tetapi bukan di dalam sangkar sebaliknya satu di dalam sangkar atau perkup dan satu lagi di luar sangkar atau perkup. Perlakuan ini akan merosakkan paruh ayam dan ayam akan mengalami kecederaan.
Romang
Merupakan jerami atau rumput kering yang dijadikan alas di dalam kotak atau bekas untuk ayam bertelur.
Lampung
Berat badan ibu ayam menjadi turun setelah lama mengeram.
Total Pageviews
Tuesday, 26 April 2011
Saturday, 23 April 2011
Antara koleksi yang ada
Tuesday, 19 April 2011
kongsi minat
Tujuan menulis blog ini adalah tak lain tak bukan hanyalah sekadar berkongsi minat dalam bidang perternakan haiwan kesayangan. Setiap manusia dianugerahkan dengan minat yang berbeza-beza tapi aku jadikan pelihara ayam ini sebagai hobi di masa lapang. Tapi kalau diikutkan tak de pun masa betul- betul lapang asyik sibuk ngan keje. Itu bukan halangan selagi ada daya dan dah memang itu yang menjadi minat kita, kita teruskanlah.
Monday, 18 April 2011
Ayam Baik
Selamat datang ke blog saya yang tak seberapa...tujuan menulis blog ini hanya untuk berkongsi minat dalam membela ayam saja.
Apa itu Ayam Baik?
Ayam baik ialah ayam sabung atau ayam laga. Sebenarnya panggilan ini hanya di negeri Kelantan dan beberapa daerah negeri Terengganu yang mengelarkan ayam sabung dengan panggilan ayam baik.
Kenapa dipanggil ayam baik?
Di kelantan ayam ini dipanggil ayam baik kerana memang ayam ini dari keturunan yang baik-baik. Baik dari segi baka, baik dari segi jalan mainan dan baik dari segi perwatakan ayam itu sendiri (tidak liar, manja dengan tuannya dan akan menunjukkan penampilan yang gagah dan berani).
Ciri- ciri ayam baik.
1. Mempunyai badan yang tegap dan tulang yang kasar. Apabila dipegang tidak akan kecut atau kempis tidak seperti ayam kampung biasa tebal dengan bulunya.
2.Sisik di kaki kelihatan dengan jelas.
3.Kokokannya yang pendek.
4. Mata yang bersinar bak mutiara menandakan ayam itu sihat dan lincah pergerakannya.
5.Apabila berjalan nampak kerasan.(keras)
...dan banyak lagi ....
Subscribe to:
Posts (Atom)